mungkin ianya salah aku..
mungkin aku yang perasan..
tapi aku perempuan biasa seperti yang lain..
hati ini,perasaan ini mudah tersentuh...
biar seganas mana diri ini,tinggi ego umpama langit
tapi jika kata-kata itu indah,layanan yang diberi umpama puteri
aku pasti hati itu akan tersentuh dan terusik kerana
aku nampak terdapat keikhlasan di hati kamu untuk aku yang biasa ini...
mungkin ianya begitu di tafsiranku tapi tidak kamu...
andai benar itu tolong buatkan aku melupai kamu..
aku menyayangi hati ini kerana aku tak mahu ia menanggis seperti mana airmata ku ini mengalir dipipi ku..
hanya itu lepaskan aku..
tolong jangan memberi harapan dan jangan membuat hati ini jatuh kepada kamu..
jika bukan itu maksud kamu, jadikan aku insan yang benar kamu hargai....
kerana hati ini akan aku berikan kepada insan yang ikhlas menerima baikburuk diriku ini..
kerana aku hanya insan biasa....
jika bukan itu maksud kamu, jadikan aku insan yang benar kamu hargai....
kerana hati ini akan aku berikan kepada insan yang ikhlas menerima baikburuk diriku ini..
kerana aku hanya insan biasa....
No comments:
Post a Comment